Friday, November 5, 2010

oh, sempat kah?

Gila! Sekejap je dah November kan?
Kita ada 12 bulan setahun and sekarang kita dah kat bulan 11!

Terasa sangat banyak benda nak buat, banyak betul benda yang dirancang tapi tatau sempat atau tak! Btw, terbaca satu artikel ni. Orang ni cakap kita ni kalau nak dapatkan satu benda dengan dua cara je:

1.berjalan perlahan-lahan - yang ni macam orang selalu cakap biar lambat asal selamat tapi penulis tu cakap, if lambat-lambat momentum akan hilang, semangat pudar, pastu terus dah takde rasa nak usaha!

2. berlari - orang jugak selalu cakap, orang berlari ni gopoh gelojoh, tapi penulis tu kata, apa salahnya kalau berlari dapat kekalkan semangat juang kita? baru lah berkobar-kobar nak dapatkan sesuatu. plus, bila dah berjaya nanti, kita macam ketagih nak berjaya lagi. kan positif tu?

pada aku pulak, benda ni individual.
depend pada ability and capability kita.
jangan terlalu taksub tapi jangan pulak malas!
yang penting, niat dan cara kena betul!


Friday, October 15, 2010

perempuan penakut

Okay lah! 

I officially admit that;
I'm such a coward lady.
Thank you.

Huish. Korang mungkin gelak-gelak bila aku cerita benda ni. Tapi seriously, it's not a joke. Never be a joke! Aku sangat takut. Tak tipu. AKu baru keje kat kedai buku tu tak sampai seminggu. Ada la sorang budak lelaki ni. He is younger than me. Dia tak berapa betul. I mean, mentally-ill since kecik. *kot? Dia datang kedai. Aku ni slalu kena jaga kedai sorang-sorang sebab manager aku tu memang suka balik uma dan tido. Dia ssuka curik tulang. :P *Takpe, boss. Saya relakan sebab saya boleh baca buku dengan senang hati.* Tapi, disebabkan boss takde tu, budak tu suka datang. Aku mula-mula takde lah takut sangat. Tapi, lama-lama makin takut since dia berani diri belakang aku time aku baca buku. Aku terkejut time tu. Aku memang malas nak layan. Alangkan ibu panggil time aku baca buku pun aku tak dengar, ini kan pulak dia *aku bagaikan di alam lain - harap faham itu* Budak ni asek tanya aku pasal pekerja before aku. Hei, mana lah aku kenal!!! Dekat beratus kali aku ulang. Penat. :'( Pastu, tetiba masuk bab boyfriend-girlfriend. Amboi! Aku dah rasa tak sedap hati dah. Sumpah. Aku takut sangat. Sampai rasa nak nangis. Tapi aku tahan and buat tak faham. Balik je semalam, aku terus pikir. I WANNA QUIT THIS JOB. Since aku sangat2 takut, aku terus gitau ibu semalam. Ibu gitau ayah pasal aku nak berhenti keje. Dorang okay je. Aku dah happy dah. 
Tapi, pagi-pagi tadi isteri manager aku tu gitau 'Encik M ni semangat gila nak pi Sabah akhir bulan ni. Sampai beli camera baru!' Okay, aku terus tak sampai hati nak quit sebab sapa plak nak jaga kedai tu? Manager tu da banyak kali cakap kat aku pasal tu. Dia suh jaga kedai baik2. *gila saiko rupanya boss ni* Ibu ngan isteri boss aku ikot gi kedai pagi ni sebab kang boss aku pi solat jumaat, sure budak tu datang. Ibu bgtau la boss aku pasal aku takut kat budak ni. Then boss aku cakap 'Dia tu takda girlfriend. Tu yang dia suka nak kawan. Tapi dia baik.' OH MY GOD! Aku bukan nak hina dia or tuduh budak tu apa-apa. Tapi aku memang takut. Faham tak? If benda ni jadi kat anak perempuan dia, dia bagi ke??? Aku sangat sedih sebenarnya. Ibu ngan isteri boss pun terkejut bila boss kata gitu. Macam menggalakkan plak budak tu. Ayah lagi lah, tak suka. Ingat aku ni apa? :'( Budak tu datang before solat jumaat. Tapi hari ni dia tak sempat pon masuk kedai. Isteri boss aku tu *she is a retired soldier* terus jerit kat dia bagi warning. Alhamdulillah.Pastu, acik kedai makanan sebelah pon mintak tolong anak and cucu dia teman aku. Thank you, people. Nanti dapat gaji sikit, saya belanja makan. HEHE.

Kat sini, aku bukan nak nyatakan hina jadi orang camtu. Tak salah. Tapi, senangnya lah nak cari girlfriend kan? Senangnya lah manusia ni cakap suka, sayang, cinta, love semua. FYI, aku memang dah takde hati nak bercinta couple-couple ni. Sorry, aku nak bercinta dengan family n kawan-kawan je sekarang ni. Tapi kan, aku pelik tau. Kenapa orang yang kurang sehat or budak-budak lagi suka aku? DUlu, ada budak syndrome down cium pipi aku. Takut!!! Tapi nasib baik anak kawan ibu, aku tak kesah sangat. :) Kan seronok kalau muka aku muka tua, mesti dorang tak berani nak buat camtu!

Tuesday, October 12, 2010

♥ hati ayah ♥

Pertama kali aku dengar isi hati seorang ayah. Yet unfortunately, not my dad. Tapi alhamdulillah, it gives me a deep thought about my own dad. Pak cik ni agak sedih sebab anak-anak dia takde yang cemerlang dalam akademik. Bukan tak pandai atau dorang hidup susah tapi sebab his kids kurang nak usaha. Si ayah ni cakap, anak-anak dia tak de minat. Kalau ikutkan, buku melambak-lambak. Tapi sayang, sebab tak pernah bersentuh. Si ayah ni jugak cakap pada aku, dia risaukan anak bujangnya yang dah dekat umur 25 tapi kerja di warung sarapan - tukang buat air. Takde hina atau salah kerja tu. Cuma persoalannya, sampai bila? Si ayah sedih bila anak kurang berwawasan. Sampaikan dia kata 'anak-anak saya semuanya tak menjadi'. Sedih aku dengar. *dahlah baru lepas baca novel Jeriji Kasih - it's about hardships and efforts of a good son* Si ayah ni jugak cakap, baiknya lah kalau anak bujangnya tu dah boleh sara hidup sendiri. Ni dah kerja, kereta ayah dah beli. Insuran ngan road-tax tu pon ayah kena bayarkan. Ni tidak, gf ade tapi hidup sendiri tak tertampung. Honestly, aku rasa pak cik ni dah lama simpan semua ni. Tak sangka plak dia boleh nak share dengan aku yang agak childish ni. Aku bukan nak back-up anak-anak dia, tapi aku harap kata-kata aku dapat kurangkan sikit risau dia. Aku cakap 'bagi dorang sikit masa, kot?'


Okay, tadi tu baru gist of the story. Aku sebenarnya lagi risaukan ayah sendiri.
Ayah pernah ke kecewa dengan aku?
Ayah pernah ke sedih sebab aku?
Ayah pernah risau sebab aku?
Ayah pernah ade expectation ke kat aku?


I'm very sure I have made ayah dissappointed - bila aku keluar dari MRSM. Merengek-rengek nak balik. Padahal selama dekat 4 tahun tu, beribu-ribu duit ayah abes, penat ayah ulang-alik. Aku memang tak timbang rasa. Tapi time tu, aku je yang betul. Ampun, ayah.
Aku sgt lah sure ayah pernah sedih sebab aku bila aku naik basikal secara senyap-senyap gi kelas malam. Aku bohong ibu dengan ayah sebab nak pegi dengan kawan-kawan. Ampun, ayah.
Ayah tak risau? Tipu lah kalau aku tak pernah buat dia gitu. Aku gi JB senyap-senyap dengan angah. He called us. Suara dia garang. Suara risaukan anak-anak daranya. Ampun, ayah.
Tapi, dari segi expectation, aku memang tak tau. Ayah tak pernah paksa aku. Belajar, or bab agama, bercinta, ayah selalu bagi ruang. Terima kasih, ayah. 


I have the greatest daddy on the earth, hereafter.
And I wish to be the greatest daughter for him too.




♥ Tiga: Lapar dan dahaga, rela berpayahan, setianya ayah ♥

Sunday, October 10, 2010

♥ sempurna ♥

Tarikh hari ni memang special. Ada orang percaya, tarikh hari ni maksudnya kesempurnaan. Moga-moga begitulah hendaknya! Sebab hari ni, Dr. Sheikh Muszaphar kawen! And yang pasti, mesti ramai jugak manusia-manusia yang kawen hari ni. This makes a good reason or us to pray for their endless happiness. :) Tengok orang lain bahagia berpasangan-pasangan, bercinta-cintaan, rasa teringin jugak. Lepas kena tinggal dengan Cinta Pertama few months ago, rasa tak ready lagi nak ada new commitment. Tapi at the same time, rindu nak buat something that I called 'togetherness'. Acara 'togetherness' that I like the most is shopping. He used to shop for me and I shopped for him. Oh, kenangan! *puke sekejap* :P  Sebagai perempuan biasa, memang lah susah nak laku! Takpa, saya tetap tunggu! Even if I end up all alone till my last breath, I hope bidadara syurga will wait for me! *perasan*

Me, myself would love to have something meaningful today - blogging here! Dengan harapan, dapatlah kongsi ilmu beyond books kan? *wink* Hari ni paling special for me sebab today is my lazing-around day. Esok, kedai buku itu dah memanggil. I'll be on duty from 9am-6pm, people! Dear Lord, esok biarlah boss keluar. Tak masuk kedai. I can read those books all day! *big grin* Tengok tu, niat je dah tak baik. Macam mana hati nak cantik? *insaf*

Readers, this is how I celebrate my 10.10.10 *10th October 2010*

#1 - Watched Cuci the Musical. It's a worth-watch, I must say!
#2 - Boys Over Flower for bedtime story!

Yeah, I love telly!

♥ Bila dua manusia yang tidak sempurna bersua dan tertaut hati, kesempurnaan kan tercipta ♥